tkj. Diberdayakan oleh Blogger.

Minggu, 21 November 2010

Buat Duit Dengan Ebook Percuma

Posted by Unknown on 1:06 PM





Menghasilkan ebook percuma amat berguna kepada mereka yang berminat untuk membaca. Informasi yang diberikan biasanya pelbagai iaitu bergantung kepada topik utama.
Untuk menampung kos atau memberi sedikit ‘upah’ kepada usaha murni anda itu, anda sebenarnya boleh membuat duit daripada ebook percuma tersebut.
Terdapat beberapa cara untuk buat duit dengan ebook percuma. Antaranya:

  1.  Mencadangkan sesuatu produk berkaitan yang boleh membantu pembaca. Produk itu mestilah ada menyediakan program affiliate yang boleh anda sertai. Letakkan link affiliate di dalam penerangan cadangan anda tersebut.
  2.  Selain produk orang lain, anda juga boleh mencadangkan produk anda sendiri jika ada. Seboleh yang mungkin, biarlah produk yang berkaitan dengan isi kandungan ebook percuma itu.
  3.  Membuka ruangan iklan kepada usahawan atau individu yang berminat untuk mengiklankan produk mereka. Caj iklan berdasarkan kepada kemahuan anda atau pada jenis iklan. Contohnya size imej atau sekadar iklan teks ada caj yang tersendiri. Iklan ini biasanya diletakkan di akhir ebook atau di pengakhiran setiap bab dalam ebook.
Cara ketiga ini adalah cara yang tercepat untuk anda buat duit kerana mereka perlu bayar dahulu sebelum anda meletak iklan mereka di dalam ebook tersebut. Ramai yang berminat untuk meletak iklan di dalam ebook kerana ebook percuma biasanya akan teredar secara viral tanpa henti (viral marketing).
Itulah tiga cara yang boleh anda lakukan kesemuanya sekaligus untuk satu ebook percuma, atau anda lakukan salah satu cara sahaja.
Tambahan:
Ebook percuma boleh disebarkan secara viral dengan cepat jika ebook tersebut boleh dimasukkan link affiliate para pembaca. Asasnya begini:
  1.  Anda perlu ada produk sendiri dan laman web jualan dipasang dengan sistem affiliate.
  2.  Pembaca ebook perlu daftarkan diri untuk dapatkan link affiliate.
  3. Bersama ebook disertakan dengan satu perisian PDF Brander. Anda boleh cari di Google dengan menaip pdf brander. Jika anda berminat untuk membeli, pesan saya hati-hati kerana tidak semua pdf brander berkualiti. Nanti saya tulis satu artikel review mengenai perisian sebegini. Pembaca akan rebrand ebook tersebut dengan link affiliate mereka. Kemudian mereka akan kongsikan ebook tersebut dengan orang lain.
Kaedah ini amat berkesan kerana mereka akan mendapat komisen dengan mengedarkan ebook percuma tersebut jika ada pembaca yang membeli melalui link affiliate mereka. Selain anda mendapat jualan, mereka juga akan mendapat bayaran komisen.
Selamat mencuba.

0 komentar:

Posting Komentar

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site